Kisahku bersama Encik T
Oleh: khawlah

September, 2012. Tarikh yang paling bermakna bagiku, aku melanjutkan pelajaran di kampus setelah tamat zaman persekolahan. Dan ketika itulah aku bertemu dengan Encik T.

Aku pertama kali berjauhan dengan keluarga, membuat aku merasa sedih dan mengambil masa untuk meredakannya. Aku percaya Allah swt selalu bersama dengan orang yang sabar. Aku tabahkan hati dan tetap bersabar menjalani kehidupan aku sebagai seorang mahasiswa. Masa berlalu dengan pantas, semester satu berakhir dan aku gembira dapat buat yang terbaik untuk peperiksaan akhir.

Semester kedua, aku bertemu kembali dengan Encik T. Pertemuan kali kedua membuat aku tertarik untuk mengenali dirinya. Tanpa aku sedari setiap minggu aku telah meluangkan masa beberapa jam hanya untuk memahami Encik T. Aku hairan dan aku berfikir, bagaimana mungkin manusia seperti aku… Allah swt telah takdirkan untuk bertemu dengan Encik T? Perbezaan kami seperti langit dan bumi.

Aku seorang remaja yang suka enjoy dan cinta akan kemewahan. Pada hujung minggu, aku suka keluar pergi ke bandar untuk shopping dan bersuka-ria dengan kawan-kawan. Aku juga suka menonton wayang. Setiap bulan, pasti ada sahaja filem yang aku nantikan. Bahkan aku menjadi pusat rujukan kepada rakan-rakan yang lain untuk mendapatkan infomasi terkini tentang filem terbaru.

Itu lah aku, manusia yang isalamnya hanya pada kad pengenalan. Bukan pada jiwa. Hidupku kosong, tujuan hidup yang sebenar bukan lagi menjadi keutamaanku. Bagiku, pelajaran adalah segala-galanya dan berjaya dalam pelajaran bermakna aku berjaya di dunia. Menjadi yang terhebat dalam kalangan rakan-rakan, pasti itulah matlamatku.

Jauh bezanya aku dengan Encik T. Selangkah pun tidak mampu aku kejar. Suasana semester dua di kampus amat berbeza. Aku sering menjejak kaki ke surau pada waktu maghrib dan isyak dan meluangkan masa di sana. Pada ketika itulah aku mula mengenali Encik T.

Aktiviti kegiatan hujung minggu aku berubah 360 darjah. Aku mula hadirkan diri ke majlis-majlis ilmu seperti tazkirah dan kuliah maghrib. Pelahan-pelahan aku mula suka rumah Allah, rasa tenang yang tiada gambarannya.

Lama-kelamaan, aku mula merasa keserasian bersama Encik T. Keseluruhan hidupku berubah menjadi lebih baik, daei segi penampilan mahupun ilmu pengetahuan. Aneh dan ajaib memikirkannya. Namun, biarlah masa berbicara tentang jalan cerita hidupku.

Encik T atau lebih dikenali sebagai Tarbiyah, mula memutar roda kehidupanku. Tarbiyah mengajar aku tentang islam yang sebenar. Tarbiyah membasuh karat jahilliyah dalam diriku. Terima kasih ya Allah, aku bersyukur kerna telah dipertemukan dengan Tarbiyah. Semoga Tarbiyah akan kekal bersamaku hingga hujung nyawaku.

Loading...
Disclaimer
Artikel "tulisan" yang terdapat di situs web ini "ayonulis.net" ditulis oleh pengguna. pengguna / penulis yang bertanggung jawab "isi tulisan". Pihak pengelola web tidak memiliki tanggung jawab atas hal yang dapat ditimbulkan dari artikel di situs web ini "ayonulis.net, namun setiap orang dapat mengirim surat aduan yang akan ditindak lanjuti oleh pengelola. Pengelola situs web berhak memuat artikel hingga penonaktifan akun penulis jika tersedia konten yang dipertanyakan di web ini "ayonulis.net".
Hosting Unlimited Indonesia

Silakan berikan komentar kamu mengenai Artikel ini. "berkomentarlah dengan bijak".